Jumaat 17 Nov 2006 yang lalu , kak ton buat open house kat rumah dia khas utk kawan-kawan satu opis. Ramai gak yang datang. Leyzard & Famili, Niza & Famili, Shukri & Famili, Din & Famili, K.Jue, K.Zuharlina, K.Gee, Faeszah & Famili, En Haslee & Famili, Ajak & Famili.. Adik beradik k.ton pun ada. Tak susah rupanya nak cari rumah k.ton ni. Cuma terlepas jalan masuk ke taman cheras perdana. Tak perasan jalan masuk lepas jusco. Hubby terpaksa buat u-turn. Thanks to k.ton atas jemputan tersebut.Makan sedap.. ada Nasi Bukhari, Ayam BBQ, & Roti Jala. Humayrah seronok betul malam tu. Seronok usung kerusi kat rumah k.ton. maklumlah.. orang baru dapat kaki(baru boleh berjalan). Nasib baik elok jer perangai anak mama malam tu... Cuma anak mama ni tak nak dengan orang. Tengok boleh, tapi pegang jangan.. hehehehe.. Tunggu gambar dari k.jue, nanti boleh masuk dalam blog ni.
Monday, 20 November 2006
Tuesday, 14 November 2006
mulanya disini
BETAPA SUCINYA KASIH-MU TUHAN
BETAPA AGUNGNYA KEBESARAN-MU
DIRI INI MENGHARAPKAN CINTA-MU
KEKALKANLAH RASA KEHAMBAANKU
Hari ini merupakan hari pertama blog ini diwujudkan dengan tujuan untuk melakar kenangan terindah bersama keluarga dan kawan-kawanku. Buat permulaan, inilah kehidupanku.
Subscribe to:
Posts (Atom)