Tuesday, 11 May 2010

Adekku dah kahwin

Majlis Akad Nikah & Majlis Makan Rumah Pengantin Perempuan
Lokasi : Tabung Haji, Kelana Jaya
Tarikh : 1 hb Mei 2010
Masa : 10.00 pagi - 3.00 petang

Alhamdulillah... selesai sudah 1 acara tahun ni.. Insya-Allah, majlis sambut menantu kat rumah aku akan diadakan pada 12hb Jun 2010. Adikku dan isterinya telah pun selamat pulang ke Sabah dan Sarawak (buat masa ni kena pisah kejap).. Insya-Allah, minggu depan adik ipar ku (Mar) akan mula bertugas di Sabah. Al-hamdulillah.. permohonan pertukarannya diluluskan. Tak lah kesunyian adikku kat sana :p..

SELAMAT PENGANTIN BARU & SEMOGA KEKAL BAHAGIA SELAMANYA


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami menadah kedua belah tangan untuk memohon

Agar Engkau berkati, rahmati dan redhai pasangan pengantin baru ini

Kurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah

Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah

Yang mampu memandu, membimbing dan mendidik

Isteri dan anak-anak menuju ke jalan yang Engkau redhai

Anugerahkanlah pula kepada si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kpd Ali

Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu

Yang mampu menjaga maruah diri serta mengasuh

Anak-anak yang menjadi amanah

Kurniakanlah kepada mereka Ya Allah

Zuriat yang soleh solehah

Dan agar berkekalan mempelai ini

Sehingga ke dalam syurga

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Jadikanlah kami yang telah berkahwin ini

Menjadi contoh yang hidup kepada pengantin baru

Dalam melayari bahtera rumahtangga yang kadangkala tenang dan kadangkala bergelora

Kurniakanlah mereka kekuatan iman dalam menempuh segala cabaran yang mendatang

Amin Ya Rabbal Alamin.

lama tak update!!!

Pergh!!! nasib baik aku ingat lagi address blogspot ni... almost 2 years la tak masukkan apa2 cerita atau gambar dalam blog ni.. sibuk menguruskan anak dan suami ..kuang..kuang..kuang.. yer yer aaahh..

hmm.. memandangkan dah ada broadband sendiri ni (hubby punye!!), boleh la update sikit2 cerita kat sini.. Insya-Allah...

Untuk permulaan, aku nak cerita pasal anak2 aku yang semakin membesar .. membesar.. dan membesar.. banyak kerenah, nakal pun boleh tahan.. especially yg kecik tu.. tak padan ngan orangnya.. ada jer hal yg dia buat..

nak cerita sikit tentang adek ku yang dah kawin... Alhamdulillah... wife dia pun dah dapat transfer ke Sabah... Aku doakan kebahagian dia orang dunia dan akhirat..

tak lupa.. aku nak wish semua emak2, ibu2, ummi2, mummy2, mama2, mother2,etc yang kat luar sana.. HAPPY MOTHER'S DAY.. aku doakan semoga semua kaum hawa didunia ini akan sentiasa diberkati kehidupan mereka dan sentiasa dalam perlindungan Allah s.w.t..

Tuesday, 3 June 2008

EMRAN UMAR



Al-hamdulillah... setelah 37 minggu berada dalam kandungan mama, Emran Umar B Mohd Azhanizam telah selamat dilahirkan pada 21 Mei 2008 jam 9.44pagi di Hospital Putrajaya, Putrajaya.


Sekarang ni, adek Umar dah pun berusia 2 minggu, dan menjadi adek kesayangan Mayra selepas Elly Boy.... Hmmm, cuma kakak ni meragam nak dapat adek masih tak sudah2 lagi. Adek Umar dah keluar pun masih nak buat perangai.. Sabar jer la mama ni...

Mama harap lepas mama habis pantang ni, perangai kakak elok lah hendaknya.. Tak de jeles2 ngan adek lagi. Sebab mama sayang sangat kat kakak dan adek Umar. Doa dan harapan mama, moga kakak dan adek akan membesar dengan sihat, berjaya dalam pelajaran dan kehidupan, dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Semoga kakak dan adek sentiasa dalam pelindungan Allah S.W.T..
Amin...

Tuesday, 25 March 2008

Ulangtahun Kelahiran Honey



Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 31 tahun buat Honey..

Friday, 28 December 2007

Tuesday, 18 December 2007

Monday, 4 June 2007

Penang with Love

Minggu lepas, aku, hubby, baby, mak & ayah kita orang pergi ke kedah, ikut rombongan kawin sepupu aku (ruzaimi), kawin ngan orang kuala nerang. Kita orang tidur kat penang (rumah rehat DBKL) 2 malam. Lagipun dah lama tak pergi jalan-jalan kat penang ni. Hubby & mayrah 1st time datang penang ni. Nak ke Kedah dari penang ni tak lah jauh sangat, perjalanan lebih kurang 1 setengah jam jer dari rumah rehat DBKL tu. Kita orang ke kedah naik feri (dekat sikit kalau nak keluar penang ikut jambatan), dah lama tak naik feri penang ni.Mula-mula naik tu rasa takut la jugak. Seronok jugak naik feri ni. Mayrah la yang paling seronok, sampai nangis-nangis tak nak masuk dalam keta semula masa kat atas feri. Seronok kot tengok air laut, maklum lah kat rumah opah mana ada pantai. Sempat la naik bukit bendera tengok penang dari atas. Tapi orang punya la ramai, maklumlah cuti sekolah kan. Beli tiket pukul 12, dapat naik tren pukul 2. Pemandangan cantik la sebab dapat tengok penang dari puncak bukit. tapi cuaca tak berapa sejuk macam dulu2.

Hari kedua, kita orang ke kedah, kuala nerang. Tak lah jauh sangat dari pekan alor setar. Abis jer kenduri pukul 3.30 petang, kita orang bergegas ke padang besar, takut kedai kat sana tutup awal. Sajer jer jalan-jalan, bukannya selalu sangat dapat pergi sana kan. Sampai kat padang besar dah pukul 5.30 petang, beli sikit-sikit jer sebab kejar masa nak balik penang. Kebetulan ada plak sepupu nak tumpang tidur kat rumah rehat DBKL tu. Kesian pulak, nak biarkan dia orang tunggu lama kat penang, pukul 7 hubby drive balik penang. Sampai jer penang, mayrah tak nak tidur sebab nak main-main ngan sepupu dia. Jenuh aku nak menunggu dia. Dah ler penat, ngantuk pulak. Hari ketiga dah balik ke kl, sempat gak singgah pasar saras????? (ntah apa ek) beli buah pala dan asam2 utk bebudak ofis. Tak singgah pun komtar, sama jer kot dgn shopping complex kat kl ni. Sampai k.l dah nak kena berkemas untuk esok pulak. Sebab aku ada kursus kat port dickson... Kursus kali ni aku angkut mak, ayah & mayrah sebab QS dapat 1 apartment 2 bilik. Seronok lah mayrah, boleh mandi kolam kat Glory Beach Resort. Cian hubby tak dapat ikut, next time boleh la kita honeymoon kat sini pulak ek...

ADOiiiii.... penat tak terkata minggu tu!!!