Al-hamdulillah... setelah 37 minggu berada dalam kandungan mama, Emran Umar B Mohd Azhanizam telah selamat dilahirkan pada 21 Mei 2008 jam 9.44pagi di Hospital Putrajaya, Putrajaya.
Sekarang ni, adek Umar dah pun berusia 2 minggu, dan menjadi adek kesayangan Mayra selepas Elly Boy.... Hmmm, cuma kakak ni meragam nak dapat adek masih tak sudah2 lagi. Adek Umar dah keluar pun masih nak buat perangai.. Sabar jer la mama ni...
Mama harap lepas mama habis pantang ni, perangai kakak elok lah hendaknya.. Tak de jeles2 ngan adek lagi. Sebab mama sayang sangat kat kakak dan adek Umar. Doa dan harapan mama, moga kakak dan adek akan membesar dengan sihat, berjaya dalam pelajaran dan kehidupan, dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Semoga kakak dan adek sentiasa dalam pelindungan Allah S.W.T..
Amin...
Amin...
No comments:
Post a Comment