Tuesday, 30 January 2007

Perarakan Kereta Berhias Pesta Flora 2007

Perarakan kereta berhias sempena Pesta Flora 2007 telah diadakan pada 27/01/2007 yang lalu di Putrajaya. Tengok iklan kat tv macam best jer. So, aku & family (mak, ayah & mayra) pergi lah tengok perarakan kereta tu. Seawal jam 8.00 a.m kita orang dah terpacak kat precint 3, nasib baik keluar awal. Kalau lambat keluar, sure tak dapat parking. Breakfast kat sana jer, banyak gerai makan disediakan oleh pihak penganjur. Harga? hmmm.. mahal sikit la.. Mak aku makan nasik lemak+telur goreng RM3. Cekik darah betul, nasib baik sedap. Tapi dah lapar punya pasal, bedal jer lah. Ramai betul orang hari tu. Agak2 aku la lebih daripada 30,000 orang yang datang. Angah aku pukul 8.00 kata nak datang, rupa2 nya ada kat kedai makan lagi. Hmmm.. Jalan kaki ler jawabnya, rumah kan dekat.


Perarakan bermula dalam jam 9.00 a.m, punya la lama nak tunggu kereta tu sampai kat kita orang. Bila lalu jer kereta tu depan aku, mulut mayra bising betul. Ntah apa2 jer dia borak dgn kakak2 kat situ. Gelak jer budak tu tengok aksi mayrah. Aku tak tengok sampai habis pun perarakan kereta tu, rasa2 nya last kereta yang kita orang tengok kereta dari Penang. Boleh la dikategorikan cantik kereta tu, aku suka tengok butterfly kat atas kereta tu. Comel sungguh!! Kereta berhias Pulau Pinang dengan tema 'Sayap-Sayap Impian" telah dipilih sebagai Kereta Berhias Terbaik.Yang tak best, pergerakan kereta antara kereta lambat. satu kereta ke kereta berhias yang lain ambil masa sampai 10-20 minit baru la sampai kat depan kita orang. Mak aku tak larat dah, last2 dia lepak kat tepi bangunan ngan ayah aku. Lepas tu aku dgn anak aku join pulak. Tak larat, sebab dah semakin panas, dan orang semakin bertambah.

Memandangkan hari pun makin panas, lepas jer kereta penang lalu, kita orang pun balik. Kesian kat mayra, takut demam pulak nanti. Nasib baik atuk & opah nak bawak aku ngan cucu kesayangan tengok kereta hari tu. Kalau tak, jawabnya tengok kat rumah la. My honey tak dapat nak pergi, sebab opis dia buat kursus solat kat shah alam. Sebelum balik, sempat la singgah kejap kat Bazar Flora tengok2 apa yang ada. Hmm.. tak de benda menarik pun.. Bunga orkid jer yg banyak. Tak tengok pun kereta berhias KUALA LUMPUR, macam mana lah rupa dia. Tak kisah la tu, nanti mesti masuk buletin DBKL jugak kan. Tapi yang seronok tengok hari tu kan ialah tengok cara mayra cari kawan masa kita orang duduk lepak2 kat tepi bangunan. Dapat gak snap gambar dia tengah berkawan. ntah apa2 yer yang diborakkan anak mama ni. Comel betul .. Mmuahh!!!




Atuk, kereta baby ni tak boleh ker masuk berarak skali?!

Thursday, 25 January 2007

Satriaku


Ada rupa satria GTI ker?.. ini lah kereta kepunyaanku yang bukan milikku. hehehehe...
Kereta ni, adek aku pakai, buat kegunaan gi kelas kat uitm dan angkut aweks2 uitm.
hehehe.. jgn marah ek paksu!!!!

Adek aku sayang betul ngan keta ni. Al-hamdulillah.. dapat adek pandai jaga kereta. Macam2 dah dia buat pada kereta ni. tukar radio player, pasang tinted, tukar bumper, etc...
Latest, adek aku dah tukar kaler kereta ni. Dulu kaler coklat, skarang ni kaler biru. Cantik pulak kaler yang dia pilih ni. Dari satria biasa dah ada sikit2 rupa macam satria GTI. sayang betul dia ngan kereta ni. Nak buat apa2 pun tak kisah la..

Belajar jgn lupa dek oit!!! tak kisah la adek nak buat apa pun kat keta tu.
Abis blajar, dapat keja, sambung bayar la ek.... :)

"jaga keta mama ni baik2 paksu" nasihat mayrah kepada paksu


Wednesday, 24 January 2007

Angah Dah Kawin!!!



Al-hamdulillah... Angah aku dah pun selamat mendirikan rrumahtangga pada 22hb Dis 2006 yang lalu. Kami doakan semoga rumahtangga yang dibina ini bahagia, dikurniakan cahayamata yang soleh dan soleha serta sentiasa diberkati Allah s.w.t selalu hendaknya. Amin!!!!...

Kepada makcik2 dan pakcik2 yang bertungkus lumus membantu mak dan ayah menguruskan majlis kawin angah hari tu, kami sekeluarga ucapkan ribuan terima kasih atas jasa dan sumbangan yang dihulurkan. Buat kawan-kawan yang hadir, terima kasih yer sudi datang.

Kesian lah kat mayrah, sekarang ni dah tak de kawan gaduh kat rumah opah. She miss her mak ngah very much. Lepas ni mak ngah tak tinggal sama ngan kita orang lagi. Mak ngah dah ada rumah sendiri kat putrajaya. Nanti kalau baby rindu, kita gi rumah mak ngah ek. (opah la yg paling rindu...)


Bila mak ngah nak jemput kita orang datang makan kat rumah dia . Tak sabar nak rasa air tangan orang baru kawin ni. Mesti sedap. Ngah, kalau tak cukup resepi mak bagi, kat internet lagi banyak. Macam - macam ada..... :)

To my dearest sister & sweet mak ngah, Selamat Pengantin Baru dari kami sekeluarga. Harap2, angin ribut taufan dah berlalu dan digantikan dengan angin sepoi2 bahasa.. hehehehehe.. Miss u so much!!