Tuesday, 30 January 2007

Perarakan Kereta Berhias Pesta Flora 2007

Perarakan kereta berhias sempena Pesta Flora 2007 telah diadakan pada 27/01/2007 yang lalu di Putrajaya. Tengok iklan kat tv macam best jer. So, aku & family (mak, ayah & mayra) pergi lah tengok perarakan kereta tu. Seawal jam 8.00 a.m kita orang dah terpacak kat precint 3, nasib baik keluar awal. Kalau lambat keluar, sure tak dapat parking. Breakfast kat sana jer, banyak gerai makan disediakan oleh pihak penganjur. Harga? hmmm.. mahal sikit la.. Mak aku makan nasik lemak+telur goreng RM3. Cekik darah betul, nasib baik sedap. Tapi dah lapar punya pasal, bedal jer lah. Ramai betul orang hari tu. Agak2 aku la lebih daripada 30,000 orang yang datang. Angah aku pukul 8.00 kata nak datang, rupa2 nya ada kat kedai makan lagi. Hmmm.. Jalan kaki ler jawabnya, rumah kan dekat.


Perarakan bermula dalam jam 9.00 a.m, punya la lama nak tunggu kereta tu sampai kat kita orang. Bila lalu jer kereta tu depan aku, mulut mayra bising betul. Ntah apa2 jer dia borak dgn kakak2 kat situ. Gelak jer budak tu tengok aksi mayrah. Aku tak tengok sampai habis pun perarakan kereta tu, rasa2 nya last kereta yang kita orang tengok kereta dari Penang. Boleh la dikategorikan cantik kereta tu, aku suka tengok butterfly kat atas kereta tu. Comel sungguh!! Kereta berhias Pulau Pinang dengan tema 'Sayap-Sayap Impian" telah dipilih sebagai Kereta Berhias Terbaik.Yang tak best, pergerakan kereta antara kereta lambat. satu kereta ke kereta berhias yang lain ambil masa sampai 10-20 minit baru la sampai kat depan kita orang. Mak aku tak larat dah, last2 dia lepak kat tepi bangunan ngan ayah aku. Lepas tu aku dgn anak aku join pulak. Tak larat, sebab dah semakin panas, dan orang semakin bertambah.

Memandangkan hari pun makin panas, lepas jer kereta penang lalu, kita orang pun balik. Kesian kat mayra, takut demam pulak nanti. Nasib baik atuk & opah nak bawak aku ngan cucu kesayangan tengok kereta hari tu. Kalau tak, jawabnya tengok kat rumah la. My honey tak dapat nak pergi, sebab opis dia buat kursus solat kat shah alam. Sebelum balik, sempat la singgah kejap kat Bazar Flora tengok2 apa yang ada. Hmm.. tak de benda menarik pun.. Bunga orkid jer yg banyak. Tak tengok pun kereta berhias KUALA LUMPUR, macam mana lah rupa dia. Tak kisah la tu, nanti mesti masuk buletin DBKL jugak kan. Tapi yang seronok tengok hari tu kan ialah tengok cara mayra cari kawan masa kita orang duduk lepak2 kat tepi bangunan. Dapat gak snap gambar dia tengah berkawan. ntah apa2 yer yang diborakkan anak mama ni. Comel betul .. Mmuahh!!!




Atuk, kereta baby ni tak boleh ker masuk berarak skali?!

No comments: