Friday, 2 February 2007

Selamat Hari Wilayah

Selamat Hari Wilayah Kuala Lumpur....

Diam tak diam dah 7 tahun aku ada kat k.l ni. Kuala Lumpur banyak menyaksikan perubahan yang berlaku pada diri aku. Dari bujang, dah kawin hingga lah ke dapat anak, semua nya berlaku di Kuala Lumpur.

Sejarah hidup aku bermula di Kuala Lumpur, aku lahir disini, Hospital Besar Kuala Lumpur pada 27 April 1976. Zaman kanak-kanak aku juga masih disini, cuma zaman persekolahan aku bermula dan berakhir di Johor Bahru. Siapa sangka, rupa2 nya rezeki aku ada di sini. Disember 2000, aku kembali ke Kuala Lumpur, membawa harapan ayahbonda untuk menjadi insan berjaya dunia & akhirat......

Senyumlah Kuala Lumpur, semoga terus maju dan makmur...........................

Song: Senyumlah Kuala Lumpur By: Alleycats
Kuala Lumpur senyumanmu
Dipagi ini
Sungguh bererti
Kerna cinta bersemi lagi
Setelah kemarau panjang

Dilebuhraya
Dipapan tanda
Tergambar wajahmu
Dengan kalimat
Cinta untuk kita
Semoga kekal selamanya

( korus )
Bila ku bisikan puisi cinta
Dan tugu peringatan negara
Bagai tersenyum
Dalam diam bergembira
Memberi sokongan cinta
Agar bersinar sentiasa

Berganding tangan
Kita berdua
Menyusuri jalan
Ditengah kota
Sambil senandungkan lagu
Lagu kisah cinta lama

Bilaku bisikan puisi cinta
Dan tugu peringatan negara
Bagai tersenyum
Dalam diam bergembira
Memberi sokongan cinta
Agar bersinar sentiasa

Terimakasih kuucapkan
Oh kepadamu
Kuala Lumpur
Kerna kau telah temukan
Cinta antara kami berdua...

No comments: