Thursday, 8 February 2007
Tengok Ikan Kat Aquaria
Pergh!!! Sungguh menakjubkan.....
Best la pergi aquaria hari selasa (6/02/2007) hari tu. Rasa macam nak pergi lagi jer, tak puas tengok ikan cantik2 kat sana. Humayrah lah orang yang paling seronok hari tu, first time dapat pegang ikan kat aquaria. Selama ni, kalau ikut opah pegi pasar, pegang ikan yang dah mati jer. Tapi kat sana dapat pegang ikan yang hidup. Berani la jugak anak aku ni, tak takut pun kat anak ikan yu tu. Anak ikan tu pulak punya la jinak, pusing-pusing kat area anak aku jer. Tapi lepas tu, dia dah start mengamuk la pulak. Aisheh!!!! macam mana tak mengamuk, tadi tengok ikan dapat pegang, lepas tu tengok ikan yang lain tak boleh pegang pulak. Tu yang dia marah sangat.
Aquaria memang best dan menyeronokkan untuk pergi. Macam-macam jenis ikan ada, cantik-cantik pulak tu. Masa masuk kat dalam terowong , Mayrah rasa pelik, tengok ikan-ikan semua kat keliling dia. Hairan betul dia, macam mana dia boleh ada kat dalam air tapi tak dapat pegang ikan-ikan tu. Terpegun tengok ikan jerung & ikan pari besar sangat kat dalam tu. Aksi dia yang paling mencuit hati, mayrah babai ikan-ikan tu. (macam la ikan-ikan tu nampak dia-hehehe)
So, sesiapa yang belum pergi Aquaria KLCC, bawa lah anak-anak anda kesana. Seronok tau pergi sana. Harga tiket, RM28-Dewasa (Mycard) & Kanak2(Mykid) - RM22 (3-12 tahun).. Nasib baik mayrah belum 3 tahun, kalau tak... kopak duit mama.. hehehe
kalau nak tengok gambar-gambar kat Aquaria ada dlm fotopages...
Friday, 2 February 2007
Selamat Hari Wilayah
Selamat Hari Wilayah Kuala Lumpur....
Diam tak diam dah 7 tahun aku ada kat k.l ni. Kuala Lumpur banyak menyaksikan perubahan yang berlaku pada diri aku. Dari bujang, dah kawin hingga lah ke dapat anak, semua nya berlaku di Kuala Lumpur.
Sejarah hidup aku bermula di Kuala Lumpur, aku lahir disini, Hospital Besar Kuala Lumpur pada 27 April 1976. Zaman kanak-kanak aku juga masih disini, cuma zaman persekolahan aku bermula dan berakhir di Johor Bahru. Siapa sangka, rupa2 nya rezeki aku ada di sini. Disember 2000, aku kembali ke Kuala Lumpur, membawa harapan ayahbonda untuk menjadi insan berjaya dunia & akhirat......
Senyumlah Kuala Lumpur, semoga terus maju dan makmur...........................
Song: Senyumlah Kuala Lumpur By: Alleycats
Kuala Lumpur senyumanmu
Dipagi ini
Sungguh bererti
Kerna cinta bersemi lagi
Setelah kemarau panjang
Dilebuhraya
Dipapan tanda
Tergambar wajahmu
Dengan kalimat
Cinta untuk kita
Semoga kekal selamanya
( korus )
Bila ku bisikan puisi cinta
Dan tugu peringatan negara
Bagai tersenyum
Dalam diam bergembira
Memberi sokongan cinta
Agar bersinar sentiasa
Berganding tangan
Kita berdua
Menyusuri jalan
Ditengah kota
Sambil senandungkan lagu
Lagu kisah cinta lama
Bilaku bisikan puisi cinta
Dan tugu peringatan negara
Bagai tersenyum
Dalam diam bergembira
Memberi sokongan cinta
Agar bersinar sentiasa
Terimakasih kuucapkan
Oh kepadamu
Kuala Lumpur
Kerna kau telah temukan
Cinta antara kami berdua...

Subscribe to:
Posts (Atom)